Daftar HomeVendor Makane - BFD

Penjelasan tentang syarat-syarat dan Sistem HomeVendor MAKANE Besut Food Delivery
1. Bagaimana Home Vendor MAKANE bekerja?
Alahh, mudah je. HomeVendor (HV) yang berdaftar akan diberi ruang untuk iklankan makanan mereka di platform MAKANE - BFD. Platform MAKANE-BFD setakat ini adalah di channel TELEGRAM, INSTAGRAM, dan FACEBOOK Page.
HV yang mendapat tempahan makanan melalui platform-platform MAKANE-BFD akan masak dan sediakan bungkusan tempahan makanan di rumah masing-masing.
Pihak pengurusan MAKANE-BFD tidak akan mengambil untung di atas penjualanan makanan oleh HV sekalian. HV akan letakkan harga sendiri di menu masing-masing dan cas delivery juga ditetapkan oleh HV sendiri.
2. Macamana dengan delivery?
Maaf, buat masa sekarang pihak MAKANE-BFD tidak akan lakukan lagi delivery untuk pihak HV. Kami dalam perancangan untuk menubuhkan satu team pickup - up dan delivery beruniform lengkap. Delivery dan cas untuk penghantaran buat masa sekarang diuruskan dan ditetapkan sendiri oleh HV.
3. Ada sambutan ke?
InsyaAllah, dengan menggunakan semua platform-platform MAKANE-BFD, produk anda akan mudah dilihat oleh orang-orang lapar di sekitar Besut. Pihak marketing MAKANE-BFD akan membuat iklan berbayar secara berterusan di Facebook dan Instagram (SPONSORED POST) untuk memperkenalkan lagi platform MAKANE-BFD bukan sahaja di BESUT, tapi di negeri-negeri pantai timur. Kami juga sedang merancang untuk menghasilkan satu aplikasi khas MAKANE-Besut Food Delivery yang boleh di download di Google Playstore dan Apple Store.
4. Macamana proses untuk iklankan menu HV?
Proses untuk iklankan menu HV sebenarnya sangat mudah. Setelah anda berdaftar dengan MAKANE-BFD, anda akan diberi pass masuk ke semua platform MAKANE-BFD. Anda akan dijadikan admin/editor di Channel Telegram dan Facebook Page MAKANE-BFD seterusnya membolehkan anda menyiarkan iklan makanan dan menu anda kepada follower-follower MAKANE-BFD.
5. Jadi, macamana nak mendaftar sebagai Home Vendor?? Ada yuran ke?
Yes, untuk mendaftar menjadi Home Vendor, anda akan dikenakan yuran yang juga bertindak sebagai bayaran permulaan anda untuk bulan tersebut.
Untuk bulan-bulan seterusnya, anda akan dikenakan yuran bulanan di mana jumlahnya mengikut pakej yang kami tawarkan. (Boleh lihat di bawah)
6. Kenapa perlu yuran?
Anda perlu membayar yuran kerana iklan-iklan makanan anda akan menggunakan platform MAKANE-BFD yang berbayar. Kami akan promote platform MAKANE-BFD secara SPONSORED POST di mana semua orang di sekitar Besut akan ternampak iklan anda dan seterusnya menempah makanan daripada anda, SETIAP HARI!
7. Kalau tak bayar yuran?
Jika anda gagal membayar yuran bulanan, anda akan di remove dari semua platform MAKANE-BFD sebagai admin/ editor. Jika itu berlaku, anda akan di banned dari platform kami secara kekal.
Kami berharap supaya FAQ di atas mampu menjawab serba sedikit pertanyaan tentang sistem MAKANE-BFD. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pengurus MAKANE-BFD , Puan Farahida Nizan (011-3752 1255)
Jika anda ingin teruskan pendaftaran sebagai HomeVendor, anda boleh baca tawaran kami di bawah
.
.
.
TAWARAN MENJADI HOMEVENDOR MAKANE-BFD , FIRST 50 HV!
Yuran pendaftaran bagi HV adalah berjumlah RM100 sahaja!
Tapi, kami ada BERITA BAIKK untuk anda yang berminat!
Sempena pelancaran MAKANE-BFD ini, kami ingin menawarkan YURAN PROMOSI bernilai RM30.00 SAHAJA untuk pendaftaran terhad untuk 50 Home Vendor yang terawal sahaja!
Selepas itu, yuran pendaftaran akan naik ke RM50.00 untuk 50 Home Vendor yang seterusnya.
Jadi, jika anda berminat untuk daftar, CEPAT-CEPAT! Isi maklumat pembayaran seperti di bawah dan pastikan anda gunakan kupon FIRST50HV kami ni untuk dapatkan yuran promosi tadi! Come on, rebut peluang ni!
CARA PEMBAYARAN DAN PENDAFTARAN
Anda boleh skroll ke bawah dan lihat.
Isi borang pendaftaran yang disediakan. Daftar dulu, cuba dulu jadi HomeVendor selama sebulan dan kemudian anda boleh pilih pakej sambungan.
Boleh lihat pakej sambungan di sini TEKAN LINK - LIHAT PAKEJ SAMBUNGAN HOMEVENDOR DI SINI
Jangan lupa KUPON PROMOSI tadi.
Selepas itu, anda boleh bank-in yuran pendaftaran tadi ke akaun pengasas kami seperti yang tertera di bawah. Terima Kasih!
MAKANE- BESUT FOOD DELIVERY
Diasaskan oleh TENGKU ABD ADZIM BIN TENGKU ABD RAHMAN
Juga pengasas Usahawan Online Besut
Pemilik syarikat TGX Marketing & Consultancy